Sunday, August 24, 2008

BERITA TERKINI

UBK SKBTK akan melaksanakan Program Pengurusan Masa pada hari Sabtu, 30 Ogos 2008 pada jam 7.30pagi hingga 5.30 petang. Program ini akan disertai oleh 50 orang pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 yang terpilih. Pengisian program ini antara lain ialah sesi LDK dan Ceramah Pengurusan Masa yang akan disampaikan oleh En Yusnizam Mohamad Yusoff dari UTUS SMART TRAINING CONSULTANCY. Program ini akan dikendalikan oleh Cik Tengku Rusidah dan Pn Rubiah Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling Institut Perguruan Islam Selangor, Bandar Baru Bangi, di bawah bimbingan Pn. Hjh Ruhayah Ehsan, Guru Bimbingan Sepenuh Masa SK Bandar Teknologi Kajang.

TAK TAHU APA SILAPNYA.

ASSALAMUALAIKUM.

JIKA ADA SESIAPA TERBACA RUANGAN INI TOLONG BERI CADANGAN. Pagi td sy cuba masukkan gambar dalam blog hjhruhayah.blogspot.com. Masukkan satu gambar sahaja, yang masuk 2 gambar yang sama. Saya sibuk terus klik tanda pangkah dan shut down laptop. Bila nak sign in semula blog tersebut dah tak boleh. email dan password nya tidak diterima. Mengapa ye. Apa perlu saya buat ? Macam mana saya nak guna blog tu lagi untuk add maklumat?